Merah jambu

Merah jambu atau merah muda ialah warna hasil gabungan antara warna merah dan putih. Warna ini juga dikenali dengan nama Inggerisnya pink daripada sejenis spesies bunga yang kelihatan dengan warna ini pada kelopak beropolnya iaitu Dianthus plumarius;[2] pengunaan nama tersebut telah dicatatkan seawal kurun ke-17.[3]Merah jambu sering dikaitkan dengan kewanitaan secara jelasnya di dunia Barat sejak tahun 1940-an.[4][5]

Merah jambu

Sumber HTML/CSS[1]
HSV       (h, s, v) (350°, 25%, 100%)
Hex triplet #FFC0CB
sRGBB  (r, g, b) (255, 192, 203)
CMYKH   (c, m, y, k) (0, 31, 7, 0)